Kata-kata adalah satu perkara yang amat dijaga dalam Islam, kerana ianya merupakan punca segala baik buruk sesuatu perkara, Justeru islam amat menitikberatkan adab bertutur keatas umatnya dengan melarang segala bentuk kata-kata yang boleh memecahbelahkan umat seperti mengata, mengumpat,mengutuk dan sebangainya. Sepertimana kita tengok dalam harian kita contohnya nikah cerai, jual beli, perpindahan hak milik semuanya islam nisbahkan dengan lafaz.
Al-Quran juga diturunkan dengan kalam iaitu kata-kata Allah untuk hamba, hanya yang paham akan memperoleh segala isi syariatnya, dan yang tidak memahami akan membawa segala fitnah yang akan boleh merosakkan agama, dalam Alquran sendiri Allah mengajar hambanya untuk berkata benar dan menisbahkan kata2 buruk dengan pelbagai celaan.
Demikianlah wasiat Rasulallah untuk umatnya adalah Quran dan sunnah, ianya merupakan kata-kata panduan dan didikan kepada umatnya, yang mana Allah juga mendidik baginda dengan Al-Quran hinggakan akhlak baginda dinisbahkan dengan Al-Quran. Dan segala apa yang disebut oleh rasulallah tidak boleh disnagkal kerana semuanya telah dipelihara oleh Allah.
Firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 3 dan 4:
3. dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.
Kita juga boleh menilai seseorang dari segi akhlak dengan kata-kata. Contohnya rasulullah yang seumur hidupnya yang tidak pernah berbohong hinggakan orang kafir Quraisy percaya segala apa yang diperkatakan olehnya, tetapi apa yang menghalang mereka dari menerima dakwah baginda hanyalah ego semata.
Selain itu kata-kata juga boleh mengukur tahap ilmu seseorang, orang yang tidak berilmu hanya akan bercakap sesuka hati tanpa berfikir, tetapi orang yang berilmu akan berfikir sebelum bercakap sekaligus dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Demikianlah kata-kata yang baik panduan bersama, tersalah kata padah akibatnya. Segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk dari hambanya yang hina ini...Wallahu'allam
2013 and Happy Teacher's day (or Teachers' day)
-
*Assalamualaikum!*
*I'm backkkkkkkkkkkkkk!*
*i just want to say:*
- *Selamat Hari Guru*
- *Happy Mother's Day*
- *Happy fasting (it's Rejab, m...
13 years ago


0 comments:
Post a Comment