Puasa adalah satu latihan khas yang telah disyariatkan oleh Allah keatas diri manusia untuk mengawal dua syahwat terbesar iaitu perut dan kemaluan, oleh itu ianya adalah faktor penting dalam proses menyucikan diri. Jika sabar adalah pencapaian paling tinggi selepas martabat redho, maka puasa adalah latihan untuk menguji kesabaran seorang hamba.

Puasa merupakan kewajiapan kepada umat islam untuk melaksanakannya, namun semata-mata menjaga diri dari segala yang membatalkan puasa bukanlah segalanya, ianya perlulah disertakan dengan adab-adab untuk menyempurnakan ibadat tersebut dan sekaligus untuk mencapai kepada konsep penyucian diri yang sebenar.

Adab-adab yang dimaksudakan adalah menjaga anggota badan dari segala dosa dan perkara yang menjurus kepada perbuatan dosa. dan proses tersebut perlulah melalui enam proses asas:

  • menunduk dan memelihara pandangan dari melihat perkara-perkara tercela yang mendorong hati kearah kesibukan dunia dan kelalaian dari mengingati Allah.

  • menjaga lidah dari percakapan yang sia-sia, seperti tipu, mengumpat, sakitkan hati, bercakap kasar, pertengkaran, perdebatan dan sebagainya yang boleh mendatangkan perpecahan dan kemurkaan dari Allah. Maka sibukkanlah diri dengan mengingati Allah dan membaca al-Quran.


  • menahan pendengaran dari mendengar segala benda yang makruh(dibenci), kerana perkara-perkara yang haram untuk disebut maka haram juga untuk didengar.

  • menahan anggota selebihnya seperti kaki dan tangan dari melakukan perkara yang dilarang, dan menjaga perut dari berbuka dengan perkara-perkara yang diragui kebaikannya

  • tidak berbuka secara berlebihan untuk memenuhi perut yang kosong pada siang hari, kerana berbuka berlebihan tidak memberi makna kepada puasa yang telah dilaksanakan, tujuan sebenar puasa adalah untuk mennundukkan nafsu dan menguatkan jiwa.

  • hendaklah bermuhasabah diri ketika berbuka dengan perasaan takut akan puasanya diterima atau tidak dan berharap Allah akan menerima segala ibadat yang telah dilaksanakan.

Beramallah dengan sebaiknya di bulan yang penuh barakah ini, kerana padanya Allah turunkan al-Quran yang agong dengan segala pensyariatan, dan padanya juga Allah jadikan lailatul qadr untuk hambanya beribadat dan mohon keampunan....

"sesungguhnya sebutir kebaikan dari orang bertaqwa lebih berat timbangannya dari segunung ibadah orang-orang yang ingkar"






0 comments:

Post a Comment



Islamic Calendar

Clock

My Blog List

Followers